Persekitaran Gua
Pada peringkat awal, manusia telah memilih persekitaran gua sebagai tempat tinggal. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan. Gua yang terdapat di situ pula dapat dijadikan tempat tinggal dan perlindungan.
Kawasan Lapang
Manusia zaman dahulu juga tinggal di kawasan lapang. Mereka mula bercucuk tanam. Mereka juga masih berburu binatang. Mereka telah membina pondok-pondok sebagai tempat tinggal. Pondok dibuat daripada batang pokok dan daun-daun pokok.
Pinggiran Sungai atau Tasik
Di samping itu, manusia zaman dahulu juga tinggal di pinggiran sungai atau tasik. Mereka mudah mendapatkan sumber air. Selain itu, mereka juga dapat menangkap ikan.
No comments:
Post a Comment