Tuesday, March 12, 2013

Sumber Ekonomi

Sumber semulajadi merupakan punca terdapatnya bahan-bahan yang terjadi dengan sendirinya, bukan buatan manusia. Bahan yang dibuat oleh manusia tidak dipanggil sumber semulajadi. Ia dipanggil sumber buatan. 

Sumber-sumber semulajadi di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu;

1. Sumber Mineral



Petroleum

Emas

Bijih Timah

Logam


2. Sumber Hutan



 Pokok Bakau

Pokok meranti

Rempah Ratus

3. Sumber Laut


Ikan

Rumpai Laut

Tapak Sulaiman


Hasil Dan Kegunaan Sumber

1. Hasil Mineral 

a.) Petroleum
Petroleum merupakan sumber minyak mentah yang terdapat di perut bumi. Petroleum     terbentuk dari fosil-fosil hidupan bumi dan memakan masa berjuta tahun untuk membentuk.     Hasil tapisan petroluem adalh seperti berikut:

Minyak Petrol
Bahan bakar kenderaan seperti kereta dan motosikal
Minyak diesel
Bahan bakar kenderaan seperti bas dan lori
Kerosin
Bahan bakar untuk menggerakkan kapal terbang
Nafta
Bahan asas untuk membuat plastik
Bitumen
Bahan bakar untuk menurap jalan raya dan pelincir untuk enjin kenderaan


b.) Bijih Timah
Bijih timah boleh digunakan untuk menyadur tin, membuat tin aluminium, plak cenderamata     dan mematri alat-alat elektronik.


c.) Emas
Malaysia juga kaya dengan pengeluaran emas. Emas digali di kawasan daratan seperti di     Kelantan dan Johor. Emas boleh dibuat barang kemas seperti cincin, rantai dan perhiasan-     perhiasan lain.


2. Hasil Hutan

a.) 
Perabut dan Kraftangan
Banyaka produk-produk perabut dan kraftangan yang dapat dihasilkan daripada hasil hutan di neegara kita. Ianya bukan sahaja cantik, malah berkualiti tinggi, kayu- kayu seperti jati, cengal , dan meranti merupakan kayu yang mempunyai pasaran yang tinggi.


b) Rempah Ratus
Rempah ratus amat berguna dalam menyedapkan rasa makanan, mamanaskan badan dan juga bau yang dapat menenangkan fikiran.


3. Hasil Laut

a.) Makanan
Sumber makanan ini telah menjadi punca rezeki untuk segelintir masyarakat Malaysia yang menjadi nelayan. Industri ini telah menjadi antara penyumbang ekonomi Malaysia, antaranya Malaysia mengeksport hasil laut ke Singapura.

b) Kemudahan Harian
Air merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa air banyak perkara yang tak dapat kita lakukan contohnya tidak dapat memasak, membasuh dan lain-lain.

Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di negara kita
  1. Pelbagai bentuk muka bumi yang sesuai.
  2. Iklim yang sesuai.
  3. Pelbagai jenis tanih yang sesuai.
  4. Kaya dengan sumber/ bahan mentah.
  5. Kemudahan infrastruktur.
  6. Pasaran yang luas.
  7. Banyak buruh yang berpendidikan dan berkemahiran serta produktif .

No comments:

Post a Comment