Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembinaan Rumah

Sejarah Reka Bentuk Rumah
Contoh jenis rumah, rumah Kutai di Perak, rumah Minangkabau di Negeri Sembilan, dan rumah Limas di Johor.

Rumah Kutai

  
Rumah Minangkabau

Rumah Limas


Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi boleh dibahagikan kepada dua ciri, iaitu ciri geografi dan ciri fizikal. Ciri geografi bumi seperti tanah tinggi, tanah pamah dan pinggir laut. 

Contoh jenis rumah yang dibina di kawasan tanah tinggi ialah rumah banglo dan rumah sebandung. Pembinaan rumah di kawasan tanah tinggi perlu mengambil kira kesan alam sekitar dan langkah-langkah keselamatan.
Rumah Banglo

Contoh jenis rumah yang dibina di kawasan tanah pamah ialah rumah banglo dan kondominium. 
Kondominium

Hanya jenis rumah yang bertiang tinggi sesuai dibina di pinggir laut. Contohnya, rumah air.
Rumah Air

Antara ciri fizikal yang mempengaruhi tempat tinggal selain bentuk muka bumi ialah iklim dan tumbuh-tumbuhan.

Iglu


Rumah kayu di Pairie, Kanada

Rumah anak pokok dan daun di hutan hujan Amerika Selatan.


Keselamatan

Ciri Keselamatan
Fungsi
Lif
Penghuni dapat turun dengan cepat jika berlaku kecemasan.
Jeriji
Menghalang penghuni jatuh.
Beranda /
Balkoni
Memudahkan ahli bomba memberikan bantuan jika berlaku kebakaran.
Tangga
Penghuni melepaskan diri semasa kebakaran.
Bumbung  bentuk v terbalik
memudah air hujan mengalir
Tingkap
udara dapat beredar dalam rumah
Tiang tinggi
mengelakkan banjir dan gangguan binatang
Contohnya, rumah pangsa.


Keselesaan
Rumah yang selesa mempunyai ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik air, ruang makan, dan sebagainya.


Bentuk bumbung “V” terbalik membolehkan udara masuk ke dalam ruang bumbung. Oleh itu, keadaan panas di dalam rumah dapat dikurangkan.


Kepadatan Penduduk
Kepadatan penduduk ialah nisbah jumlah penduduk berbanding dengan luas kawasan.

Penduduk yang padat seperti Kuala Lumpur menyebabkan kebanyakan kondominium dan rumah pangsa dibina.

Rumah Pangsa

Penduduk sederhana padat terdapat di kawasan pertanian. Contohnya negeri Kelantan, jenis rumah yang biasa dibina seperti rumah kampung, rumah teres dan rumah banglo.

Rumah Teres

Penduduk kurang padat terdapat di kawasan pedalaman. Contohnya negeri Sarawak, jenis rumah yang dibina seperti rumah kampung dan rumah panjang.

Rumah Panjang



No comments:

Post a Comment